PETALING JAYA – AEON Mall KL Midtown bakal menyambut pengunjung bermula Khamis ini, 5 November 2026, sebelum majlis pembukaan rasmi yang dijadualkan pada 8 Januari 2027.

Ia mempunyai Ruang Boleh Sewa Bersih (NLA) seluas kira-kira 367,000 kaki persegi dan memperkenalkan konsep baharu dalam sejarah runcit AEON menerusi susun atur menegak yang merangkumi lapan tingkat, dari Lower Ground hingga Aras 5M.

Setiap dua tingkat mempunyai gaya susun atur tersendiri yang mencerminkan konsep tawaran runcitnya, memberikan pengalaman berbeza ketika pengunjung bergerak dari satu aras ke aras lain.

Pusat beli-belah ini terletak dalam bangunan berpensijilan GreenRE Gold, dengan ciri sistem penyejukan cekap tenaga, penuaian air hujan, kelengkapan jimat air dan petak pengecasan kenderaan elektrik (EV).