Kuala Lumpur: AEON Mall KL Midtown bakal memulakan operasi pada 5 November ini dengan menawarkan pelbagai pilihan peruncitan, makanan dan minuman, fesyen, kecantikan serta hiburan kepada pengunjung.

Pengarah Urusan AEON CO (M) Bhd, Tsugutoshi Seko berkata, pembukaan itu adalah langkah penting dalam usaha syarikat mendekatkan tawaran peruncitan kepada komuniti sekitar.

Menurutnya, pilihan runcit, makanan dan gaya hidup yang semakin berkembang di pusat beli-belah itu diharap dapat menawarkan pengalaman membeli-belah berbeza serta menyediakan ruang mesra untuk keluarga dan rakan-rakan meluangkan masa bersama.

"Kami mahu menawarkan pengalaman membeli-belah yang berbeza serta mewujudkan ruang mesra untuk keluarga dan rakan-rakan membeli-belah, menjamu selera dan meluangkan masa bersama.