KUALA LUMPUR: Sebanyak 175 bas elektrik (EV) bakal memulakan operasi di sekitar ibu negara tidak lama lagi sebagai sebahagian usaha Rapid KL memperkasa perkhidmatan pengangkutan awam mesra alam dan mampan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pengenalan bas berkenaan sebahagian pelan transformasi Rapid KL ke arah penggunaan kenderaan mesra alam membabitkan sasaran perolehan sebanyak 1,700 bas EV menjelang tahun 2030.

Beliau berkata, usaha berkenaan menyokong aspirasi menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang mampan dan berasaskan tenaga hijau.

"Saya akan merasmikan penggunaan bas EV di Kuala Lumpur ini tidak lama lagi.