Speaker Dewan Rakyat arah Ahli Parlimen kemuka usul dakwaan percanggahan kenyataan isu projek luar bandar
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul meminta Ahli Parlimen mengemukakan usul berhubung dakwaan percanggahan kenyataan mengenai projek pembangunan luar bandar yang dikatakan 'dikorbankan' bagi membiayai peruntukan projek lain.
Perkara itu dibangkitkan Chong Zhemin (PH-Kampar) ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, hari ini.
Zhemin membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(12), dengan mendakwa berlaku percanggahan kenyataan antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dengan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berhubung perkara itu.








