Kuala Lumpur: Belum tiba masanya untuk meletakkan harapan terlalu tinggi kepada beregu lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King, sebaliknya mereka perlu diberi ruang untuk berkembang dan membina identiti permainan sendiri.

Demikian tegas ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi yang mahu peminat bersabar serta tidak terlalu awal meletakkan tekanan dan harapan terhadap pasangan muda itu, meskipun mereka mencipta kejutan dengan menjuarai Terbuka Artik di Vantaa, Finland, bulan lalu.

Menurut Herry, Aaron-Roy King masih berada di peringkat awal sebagai pasangan dan memerlukan lebih banyak masa untuk mematangkan permainan sebelum membentuk gandingan benar-benar mantap.

"Mereka baru sahaja bergandingan dan masih jauh perjalanan. Saya berharap peminat dapat bersabar dan tidak terlalu cepat membuat perbandingan kerana Aaron-Roy King sedang membentuk gaya permainan mereka sendiri.