Paris: Misi Paris Saint-Germain (PSG) memburu gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali ketiga berturut-turut berdepan ujian getir apabila kecederaan beberapa tonggak utama, terutama Khvicha Kvaratskhelia, mula menimbulkan persoalan mengenai kekuatan skuad kendalian Luis Enrique.

PSG yang akan berkunjung ke Sepanyol untuk menentang Villarreal, Selasa ini, kehilangan khidmat pemain sayap Georgia itu selepas dia mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) lutut kanan ketika membantu pasukan menewaskan Barcelona 4-2, dua minggu lalu.

Kecederaan itu dijangka menyaksikan pemain berusia 25 tahun berkenaan terlepas baki saingan musim ini, sekali gus menjadi tamparan hebat buat juara bertahan yang banyak bergantung kepada sumbangannya sejak menyertai kelab itu dari Napoli pada Januari tahun lalu.