KUALA LUMPUR: Belum tiba masanya untuk meletakkan harapan terlalu tinggi kepada gandingan beregu lelaki negara, Aaron Tai-Roy King Yap, sebaliknya mereka perlu diberi ruang untuk berkembang dan membina identiti permainan sendiri.
Itu penegasan ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, yang mahu peminat bersabar serta tidak terlalu awal meletakkan tekanan dan harapan terhadap pasangan muda itu, meskipun mereka sudah mencipta kejutan dengan menjuarai Terbuka Artik di Vantaa, Finland, bulan lalu.
"Mereka baru sahaja bergandingan dan masih jauh perjalanan. Saya berharap peminat dapat bersabar dan tidak terlalu cepat membuat perbandingan. Aaron-Roy King sedang membentuk gaya permainan mereka sendiri.








