KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Econpile Holdings Bhd, Econpile (M) Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM73 juta bagi melaksanakan kerja cerucuk dan asas untuk bangunan baharu Hospital Tung Shin di Jalan Pudu.
Kontrak itu dianugerahkan SA Architects Sdn Bhd bagi pihak Hospital Tung Shin.
Econpile dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, skop kerja merangkumi pembinaan struktur penahan tanah, kerja cerucuk, kepala cerucuk serta papak di aras bawah tanah paling bawah.
"Bangunan hospital baharu itu merangkumi dua aras bawah tanah, tiga aras bawah yang menempatkan kemudahan hospital, lima aras tempat letak kereta, enam aras atas bagi kemudahan hospital, dua aras pejabat serta satu aras mekanikal di bumbung," menurut syarikat itu.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F07%2F089466d6856db735a6bc81a5fb19d679.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
