TOKYO: Aktiviti kilang di seluruh Asia terus berkembang pada Oktober, namun pertumbuhan dalam kalangan pengeksport utama cip semakin perlahan, menunjukkan ledakan kecerdasan buatan (AI) mungkin mula kehilangan momentum ketika pasaran mempersoalkan keuntungan sektor itu.
Tinjauan swasta yang diterbitkan pada Isnin menunjukkan tekanan semakin meningkat terhadap ekonomi berorientasikan eksport.
Konflik berpanjangan di Timur Tengah menyebabkan harga bahan api dan makanan kekal tinggi, sekali gus menjejaskan penggunaan serta keyakinan perniagaan, meskipun permintaan terhadap cip dan produk berkaitan AI masih berdaya tahan.
Aktiviti pembuatan di China, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan perlahan pada Oktober, menunjukkan kesan perang Amerika Syarikat (AS)-Israel terhadap Iran mungkin mengimbangi manfaat daripada permintaan global yang kukuh terhadap cip serta produk berkaitan AI.








