Kuala Lumpur: Pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin mahu anak didiknya, Hakim Danish Ramli memberi tumpuan kepada setiap baki perlumbaan musim ini tanpa terlalu memikirkan kedudukan dalam kejuaraan Moto3.

Zulfahmi berkata, pendekatan satu perlumbaan pada satu masa seperti yang dilakukan Hakim Danish ketika Grand Prix (GP) Malaysia terbukti membantu pelumba berusia 19 tahun itu mempamerkan aksi lebih fokus.

Menurutnya, Hakim Danish yang menggalas cabaran pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSI perlu mengelak daripada terlalu memikirkan kedudukan pencabar lain kerana ia boleh memberikan tekanan tambahan ketika beraksi di litar.

"Saya percaya sekarang adalah masa untuk kita memberi tumpuan kepada satu perlumbaan pada satu masa dan bukannya terlalu memikirkan kejuaraan yang memberikan terlalu banyak tekanan kepadanya.