Alor Setar: Seramai 351 pemandu teksi dan kereta sewa berdaftar di Kedah menerima Bantuan Khas Kewangan secara sekali bayar sebanyak RM1,000 seorang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, jumlah itu tidak termasuk pemandu di Langkawi yang membabitkan lebih 600 orang dan bantuan kepada mereka akan disalurkan melalui pemindahan wang terus ke akaun bank.

"Di Kedah ini ada 351 pemandu yang berdaftar, tidak termasuk Langkawi. Jika termasuk Langkawi, jumlahnya lebih 600 orang.

"Jadi, kita tidak minta mereka datang kerana agak sukar untuk mereka hadir kerana mereka perlu ambil feri dan sebagainya, jadi kita akan salurkan ke bank mereka," katanya.