PETALING JAYA – Keselamatan jalan raya perlu bermula daripada sikap dan tanggungjawab setiap individu, bukannya bergantung kepada penguatkuasaan pihak berkuasa semata-mata.

Exco Skuad Sahabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Daniel Khoo berkata, setiap pengguna jalan raya perlu mempunyai kesedaran untuk mematuhi peraturan serta menghormati keselamatan orang lain tanpa mengira jenis kenderaan yang dipandu.

Menurutnya, masyarakat tidak sepatutnya membuat sebarang andaian berhubung punca kemalangan, tingkah laku pemanduan atau pihak yang bertanggungjawab sebelum hasil siasatan rasmi diumumkan.

“Jalan raya bukan litar lumba. Sehebat mana pun prestasi sesebuah kenderaan, ia tidak boleh menggantikan kesedaran keselamatan dan rasa tanggungjawab yang perlu ada pada seorang pemandu.