Key takeaways
Sebuah motosikal terbakar ketika sedang diisi petrol di stesen minyak Hentian Rehat dan Rawat Machap, Kluang, pagi semalam. Pekerja stesen bertindak pantas memadamkan api, namun pihak polis trafik menyatakan tiada laporan rasmi diterima.
- Insiden berlaku pada jam 11.30 pagi di stesen minyak Hentian Rehat dan Rawat Machap, Kluang.
- Penunggang motosikal melarikan diri manakala pekerja stesen menggunakan alat pemadam untuk mengawal kebakaran.
- Ketua Polis Daerah Kluang mengesahkan tiada laporan polis diterima berhubung kejadian tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Kluang: Seorang penunggang motosikal berdepan detik cemas apabila kenderaannya disambar api ketika sedang mengisi petrol di stesen minyak di sini, pagi semalam.
Bagaimanapun tindakan pantas dan kecekapan pekerja stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Machap itu berjaya mengawal keadaan daripada menjadi lebih buruk.
Menerusi rakaman video papan pemuka (dashcam) berdurasi seminit yang tular di media sosial, insiden berlaku jam 11.30 pagi apabila seorang lelaki berada di atas motosikal dan sedang mengisi petrol.
Tidak lama kemudian, motosikal itu disambar api dan penunggangnya bertindak melarikan diri.