Kuala Lumpur: Misi memburu kemenangan ke atas Jepun menjadi keutamaan Speedy Tigers yang mahu menutup aksi peringkat kumpulan Trofi Juara-Juara Asia dengan keputusan positif, sekali gus melupakan kekalahan kepada India, semalam.
Ketua jurulatih negara, Brendon Carolan berkata, beliau melihat perkembangan positif dalam persembahan anak buahnya termasuk ketika kekalahan 2-4 kepada India.
Beliau berkata, layangan kad kuning selama 10 minit pada satu detik penting perlawanan mengubah momentum permainan dan menyukarkan usaha Malaysia untuk mengekalkan rentak.
Bagaimanapun, dia berpendapat prestasi pasukan menunjukkan peningkatan berbanding ketika beraksi pada Sukan Asia Aichi-Nagoya, sekali gus membuktikan jurang keupayaan dengan pasukan lawan semakin mengecil.









