LONDON: Ole Gunnar Solskjaer mengakui masih berminat kembali mengendalikan Manchester United pada masa depan kerana ada misi yang belum diselesaikannya bersama kelab itu.

Pengakuan bekas pengendali The Red Devils itu hadir ketika tekanan terhadap pengurus semasa, Michael Carrick, semakin memuncak susulan prestasi hambar pasukan yang terus merudum.

Kekalahan 0-2 kepada Chelsea, Sabtu lalu, menyaksikan United menghuni tangga ke-17 Liga Perdana Inggeris (EPL), hanya dibezakan dengan Crystal Palace di tangga ke-18 menerusi kelebihan jaringan, selain dua mata di depan Sunderland yang berada di dasar liga.

Solskjaer pernah mengemudi United dengan laluan hampir sama seperti Carrick, bermula sebagai pengendali sementara sebelum dilantik secara tetap.