London: Michael Carrick dijangka kekal mengendalikan Manchester United bagi aksi Liga Juara-Juara menentang Roma di Old Trafford, Rabu ini meskipun pasukannya tewas 0-2 kepada Chelsea, Sabtu lalu.

United gagal mencatat kemenangan dalam sembilan perlawanan dan merekodkan permulaan musim terburuk sejak 1988, namun kedudukan Carrick dijangka dinilai semula ketika rehat antarabangsa selepas aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) seterusnya, yang menyaksikan United menerima kunjungan Aston Villa, Isnin depan.

Ketua jurulatih berusia 45 tahun itu hampir kehilangan jawatannya sebelum ini apabila Jason Wilcox dan Omar Berrada mengadakan pertemuan di pusat latihan bagi membincangkan masa depannya.

Pengarah bola sepak dan ketua pegawai eksekutif kelab itu memutuskan untuk memberi peluang kepada Carrick bagi memperbaiki prestasi serta keputusan pasukan.