MEXICO – Pemandu Perancis, Esteban Ocon menafikan dakwaan kononnya dia digugurkan daripada pasukan Haas selepas perselisihan faham dengan prinsipal pasukan, Ayao Komatsu hingga bertukar menjadi pergaduhan fizikal.
Ocon, 30, menolak sekeras-kerasnya dakwaan tersebut terutama berlakunya sebarang bentuk keganasan fizikal ketika menyelesaikan perbezaan pandangan antara dirinya dengan pasukan.
Ocon yang sudah mengharungi 198 perlumbaan Grand Prix sepanjang karier selama sedekad bersama enam pasukan berbeza, secara mengejut digantikan pemandu Jepun, Ryo Hirakawa menjelang sesi kelayakan GP Mexico, meskipun sempat menyertai kedua-dua sesi latihan bebas pada Jumaat.
Bagaimanapun, Haas tidak memberikan penjelasan rasmi mengenai keputusan menggugurkan Ocon secara mendadak itu.








