Petaling Jaya: Kerinduan seorang ibu terhadap anak sulungnya yang meninggal dunia kira-kira tujuh bulan lalu sedikit terubat apabila berpeluang bertemu dan memeluk penerima organ Allahyarham Muhammad Zahran Mohd Zuraidi, 21, dalam satu pertemuan, baru-baru ini.
Suzita Ab Halim, 47, berkata, pertemuan dengan Haris, 13, penerima buah pinggang kanan arwah anaknya serta Mohd Amri Ramzi, 34, penerima hati, membuatkan dirinya bersyukur apabila melihat mereka sihat.
Katanya, dia tidak menyangka dapat bertemu penerima organ anaknya selepas waris mereka menghubungi sendiri susulan video mengenai kisah pendermaan organ tular di media sosial.
"Waris penerima organ mendapat maklumat mengenai anak saya sebagai penderma, bukan daripada doktor, sebaliknya mereka mencari saya sendiri selepas video di TikTok tular.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fexplainsikit1sde_125236.png&w=480&output=webp&q=85&we)