Petaling Jaya : Jenama kelengkapan gaya hidup dan perjalanan antarabangsa, Thule meletakkan keselamatan kanak-kanak sebagai tumpuan utama menerusi pelancaran tiga model kerusi keselamatan generasi baharu iaitu Thule Maple, Thule Elm dan Thule Palm pada penganjuran Thule Expo 2026, baru-baru ini.
Wakil pengedar tunggal Thule di Malaysia menerusi TSEA Lifestyle Sdn Bhd, Eugene Wong berkata, pengenalan kategori produk baharu itu bertujuan memenuhi keperluan pasaran tempatan yang semakin berkembang.
"Permintaan terhadap kerusi keselamatan kanak-kanak di Malaysia adalah mandatori di bawah undang-undang. Pasaran ini sentiasa berkembang dan Thule melihat peluang kukuh untuk menembusi segmen kenderaan premium bersama rakan strategik," katanya.









