KOTA BHARU: Seekor anjing pengesan K9 bernama Frankie digunakan bagi membantu operasi pencarian seorang buruh yang dipercayai lemas selepas terjatuh dari bot di Pengkalan Pasir Kampung Chekok, Serendah, Kemubu, Ketereh, di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ketereh, Ahmad Fakharuddin Berahim berkata, setakat ini bomba belum menemui sebarang petunjuk berhubung Mohd Aqbar Che Abdullah, 34 yang dilaporkan hilang sejak 28 jam lalu.
Katanya, operasi diteruskan hari ini membabitkan seramai 17 anggota bomba, 10 polis dan tujuh anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).
"Seekor anjing pengesan spesis English Springer Spaniel dari Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan digunakan untuk membantu pencarian mangsa.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F09%2F141aa7c01372a972e3ae8fcd980c28ef.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)