KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi, di sini hari menolak permohonan AirAsia untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Perusahaan yang mengarahkan syarikat penerbangan itu membayar RM268,620 kepada bekas juruterbangnya, Eric Koh, berikutan pemecatan secara konstruktif.
Hakim Datuk Azizan Md Arshad, mengekalkan keputusan Mahkamah Perusahaan pada 2024 yang memihak kepada Eric selepas mendapati tiada alasan untuk mahkamah campur tangan dalam keputusan tribunal berkenaan.
Beliau berkata, AirAsia gagal membuktikan sebarang kesilapan ketara dari segi undang-undang atau fakta dalam keputusan Mahkamah Perusahaan.
"Mahkamah ini mendapati perayu (AirAsia) gagal membuktikan sebarang kekhilafan ketara dari segi undang-undang atau fakta dalam keputusan tribunal itu.









