Shah Alam: Polis mengesan tiga kes setakat ini membabitkan keldai dadah warga China yang disyaki mengambil bekalan dadah di Malaysia sebelum menyeludupnya ke Hong Kong.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, individu terbabit dikesan memasuki Malaysia menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum mengambil penerbangan ke Hong Kong dari Pulau Pinang.
"Kita percaya mereka ada dalang dan satu sindiket sama yang menggunakan modus operandi serupa. Kita syaki sindiket ini dari China.
"Keldai dadah warga China ini ada yang baru dapat pasport dan pertama kali mengembara ke luar negara. Kami percaya semuanya diuruskan oleh sindiket," katanya.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F08%2Fe2d1fba86c7f4f8502998136fc91f1c7.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
