Pengarah JSJN Bukit Aman Hussein Omar Khan dalam sidang media majlis pelupusan barang kes di IPK Selangor, hari ini.SHAH ALAM: Sindiket dipercayai menggunakan warga China sebagai ‘keldai dadah’ untuk menyeludup kokain dari Malaysia ke Hong Kong menerusi laluan penerbangan Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan, berkata pihaknya mengesan tiga kes membabitkan warga China yang menggunakan modus operandi sama.

Katanya, dua individu ditahan pihak berkuasa Hong Kong, manakala seorang lagi diberkas di Pulau Pinang.

“Mereka datang ke KLIA, kemudian bergerak ke Pulau Pinang dan mengambil penerbangan lain ke Hong Kong dengan membawa dadah jenis kokain,” katanya selepas majlis pelupusan barang kes JSJN di IPK Selangor, hari ini.