Joshua Harris pernah berkhidmat sebagai timbalan penolong setiausaha negara di Biro Hal Ehwal Asia Barat dari 18 Julai 2022 hingga 5 Ogos 2025, dengan tanggungjawab menyelia hubungan AS dengan Algeria, Mesir, Libya, Maghribi dan Tunisia. (Gambar US Department of State)KUALA LUMPUR: Senat Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pencalonan Joshua Harris sebagai duta besar istimewa dan mutlak AS yang baharu ke Malaysia.

Menurut laman web Kongres AS, pencalonan Harris disahkan oleh Senat menerusi undian suara pada 30 Sept.

Harris yang berasal dari Maryland merupakan pegawai diplomatik kerjaya dalam Perkhidmatan Luar Kanan AS dengan pangkat Minister-Counselor.

Pencalonan beliau dikemukakan oleh Presiden Donald Trump pada 21 Julai sebelum dirujuk kepada Jawatankuasa Hubungan Luar Senat.