Jasmine Lok daripada MCA (kiri) berkata, beliau 'sama sekali tidak berniat membuli' pesaing DAP, Leng Chau Yen, yang disifatkannya mempunyai 'bakat cukup besar dalam pengucapan awam dan perdebatan'.PETALING JAYA: Calon MCA di Bandar Hilir pada PRN Melaka, Jasmine Lok, menjemput saingannya daripada DAP, Leng Chau Yen, untuk satu 'perbincangan bertulis' di Facebook, susulan kebimbangan berhubung masalah pertuturan dihadapi Leng.
Dalam hantaran di Facebook, Lok berkata, beliau 'sama sekali tidak berniat membuli Leng' dan jemputan awalnya untuk berdebat bukanlah dibuat demi publisiti peribadi.
"Setelah mendengar ucapan-ucapannya, saya merasakan beliau mempunyai bakat cukup besar dalam pengucapan awam dan perdebatan. Saya dimaklumkan pada awalnya bahawa Leng bersetuju menerima jemputan saya.







