Mahkamah Tinggi berkata DKU telah buktikan wujud kepentingan undang-undang secara langsung berhubung perkara yang menjadi subjek saman pemula itu.PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Seremban membenarkan Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) dimasukkan sebagai defendan ketiga dalam saman pemula difailkan berhubung isu pembatalan pelantikan 10 bekas exco.
Namun, Hakim Roz Mawar Rozain menolak permohonan Setiausaha DKU Raja Norazli Raja Nordin untuk dimasukkan sebagai defendan dalam saman itu atas kapasiti peribadi beliau selepas memutuskan beliau gagal membuktikan sebarang hak atau liabiliti undang-undang peribadi yang akan terjejas secara langsung.
Dalam penghakimannya, Roz Mawar berkata DKU telah membuktikan wujud kepentingan undang-undang secara langsung yang berlandaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) berhubung perkara yang menjadi subjek saman pemula itu, menurut Bernama.







