Penstrukturan skim pemandu amat penting bagi pastikan pemandu ambulans bukan sahaja mahir, malah dilengkapi kemahiran pelbagai, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menaik taraf skim perkhidmatan pemandu bagi memperkukuh keupayaan operasi logistik kesihatan termasuk perkhidmatan ambulans.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad, berkata langkah itu membabitkan penstrukturan skim pemandu kenderaan kepada perkhidmatan kemahiran (H) di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

“Langkah penstrukturan ini amat penting bagi memastikan pemandu ambulans kita bukan sahaja mahir, malah dilengkapi kemahiran pelbagai yang mematuhi standard kecemasan tertinggi demi keselamatan nyawa pesakit,” katanya dalam hantaran Facebook.