Pada 18 Okt 2024, Jawatankuasa Fatwa Selangor mengisytihar dan mewartakan GISBH menyeleweng daripada ajaran Islam, selain melarang orang Islam mengamalkan kepercayaan, ajaran serta doktrinnya. (Gambar EPA Images)PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan memerintahkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) membayar kos RM5,000 kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) atas kelewatan 27 hari memfailkan rekod rayuan berhubung fatwa Selangor mengisytihar dan mewartakan entiti itu menyeleweng daripada ajaran Islam.
Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan GISBH dan AGC yang mewakili Jawatankuasa Fatwa Selangor serta Majlis Agama Islam Selangor selaku responden.







