Kota Bharu: Anjing pengesan K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Frankie digunakan bagi membantu operasi pencarian seorang buruh yang dipercayai lemas selepas terjatuh dari bot di Pengkalan Pasir Kampung Chekok, Serendah, Kemubu, Ketereh, di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ketereh Ahmad Fakharuddin Berahim berkata, setakat ini bomba belum menemui sebarang petunjuk berhubung Mohd Aqbar Che Abdullah, 34 yang dilaporkan hilang sejak 28 jam lalu.
Menurutnya, operasi diteruskan hari ini membabitkan seramai 17 anggota JBPM, 10 polis dan tujuh anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).
"Seekor anjing pengesan spesies English Springer Spaniel dari Ibu Pejabat JBPM akan digunakan untuk membantu pencarian mangsa.









