Kuala Lumpur: Shell Café memperkukuh usaha membangunkan bakat dan kemahiran barista tempatan menerusi penganjuran pertandingan sulung Shell Café Barista Cup Malaysia 2026, yang menghimpunkan 10 barista dari seluruh negara bagi mengetengahkan kemahiran dalam seni penyediaan kopi.
Penganjuran pertandingan berkenaan menjadi platform kepada barista Shell Café untuk mempamerkan kreativiti, kemahiran dan kepakaran teknikal dalam penyediaan kopi, selain memberi pengiktirafan terhadap peranan mereka dalam memastikan pengalaman pelanggan yang berkualiti.
Pengurus Besar Shell Mobility & Convenience, Malaysia, Zairi Dzuljastri berkata, pembangunan bakat barista adalah antara aspek penting dalam memastikan pelanggan terus menikmati pengalaman kopi berkualiti di rangkaian Shell Café.








