JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) tetap menghormati Jeonbuk Hyundai Motors FC apabila kedua-dua pasukan bertembung dalam aksi kumpulan Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di di Stadium Piala Dunia Jeonju, di Wilayah Utara Jeolla, Korea Selatan, petang esok.
Walaupun enggan mendabik dada selepas tiga perlawanan yang diharungi dan kekal dengan rekod tanpa kalah tatkala seri 1-1 ketika menentang Buriram United, kemudian menang 2-0 ke atas Pohang Steelers dan terbaru menjinakkan Port FC 3-0, pengendali JDT, Xisco Munoz menganggap skuad kendalian Chung Jung-yong bakal beri ancaman terhadap JDT.
"Dalam saingan ACLE, anda tidak tahu bagaimana lawan akan tampil beraksi menentang JDT, jadi kita kena bersedia dari aspek pendekatan taktikal yang ampuh dan mengelak daripada terperangkap dengan corak pemainan pasukan lawan.








