KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Econpile Holdings Bhd, Econpile (M) Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM73 juta daripada SA Architects Sdn Bhd, bagi pihak Hospital Tung Shin, untuk melaksanakan kerja cerucuk dan asas bagi pembinaan bangunan hospital baharu di Jalan Pudu.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat memaklumkan skop kerja berkenaan merangkumi pembinaan struktur penahan tanah, kerja cerucuk, pembinaan kepala cerucuk serta papak aras bawah tanah paling bawah bagi projek berkenaan.
"Bangunan hospital baharu itu merangkumi dua aras bawah tanah, tiga aras bawah tanah rendah yang menempatkan kemudahan hospital, lima aras tempat letak kereta, enam aras atas yang menempatkan kemudahan hospital, dua aras pejabat serta satu aras mekanikal di bumbung," menurut syarikat itu.









