Serdang: Sebuah pikap dikesan melanggar enam kenderaan lain selepas pemandunya disyaki berada dalam pengaruh dadah dalam kejadian di lampu isyarat Persiaran Puncak Jalil 3, Seri Kembangan, di sini, pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Ahmad Firdaus Md Nazir berkata, kejadian berlaku jam 10.30 pagi tadi.
"Siasatan awal mendapati Mitsubishi Triton yang dipandu lelaki tempatan berusia 28 tahun itu dipercayai melanggar enam kenderaan lain.
"Kejadian turut menyebabkan seorang pemandu mengalami kecederaan sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya kepada media hari ini.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F14dadsad_731867.png&w=480&output=webp&q=85&we)


