Johor Bahru: Johor Darul Ta'zim (JDT) tetap menghormati Jeonbuk Hyundai Motors FC apabila kedua-dua pasukan bertembung dalam aksi kumpulan Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di di Stadium Piala Dunia Jeonju di Wilayah Utara Jeolla, Korea Selatan, petang esok.
Walaupun tiga perlawanan yang diharungi kekal dengan rekod tanpa kalah iaitu seri 1-1 menentang Buriram United, menang 2-0 ke atas Pohang Steelers dan terbaru menjinakkan Port FC 3-0, pengendali kelahiran Sepanyol menganggap skuad kendalian Chung Jung-yong bakal beri ancaman terhadap JDT.
"Dalam saingan ACLE, anda tidak tahu bagaimana lawan akan tampil beraksi menentang JDT, jadi kita kena bersedia dari aspek pendekatan taktikal yang ampuh dan mengelak daripada terperangkap dengan corak pemainan pasukan lawan









