JASIN: Tawaran 100 kilogram (kg) beras kepada pasangan pengantin dan bantuan RM300 bagi setiap bayi yang baru dilahirkan menjadi antara 12 tawaran dalam manifesto calon BERSATU bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, Mohd Rabaie Abdul Hamid, 45.

Anak jati Tehel yang lebih dikenali dengan nama Dak Baie itu berkata, tawaran berkenaan bertujuan meringankan beban kewangan pasangan muda yang bakal mendirikan rumah tangga, serta keluarga yang menyambut kelahiran cahaya mata.

Katanya, selain pemberian beras, bakal pengantin dalam kawasan berkenaan turut ditawarkan kursus perkahwinan secara percuma sebagai sebahagian inisiatif membantu golongan muda.

"Mana-mana pasangan yang mendapat bayi akan diberikan bantuan sebanyak RM300 kerana anak yang baru dilahirkan memerlukan banyak perbelanjaan.