PETALING JAYA – Calon Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) di sebuah sekolah agama di Kampung Melayu Subang berdepan detik mencemaskan apabila kawasan sekolah berkenaan dilanda banjir ketika mereka sedang menduduki peperiksaan, petang tadi.
Kejadian dipercayai berlaku susulan hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di Lembah Klang sehingga menyebabkan air naik dan memenuhi dataran serta kawasan sekitar sekolah.
Menerusi beberapa rakaman yang tular di media sosial, kawasan sekolah berkenaan dilihat dinaiki air, malah tempias hujan turut dikatakan memasuki dewan yang digunakan calon untuk menduduki peperiksaan.









