BERLIN – Hanya belajar melalui video tutorial di YouTube, seorang pemuda yang tidak pernah menjejakkan kaki ke menara gading berjaya menempa nama sebagai salah seorang bilionair teknologi paling berpengaruh di Eropah, lapor saluran berita VNExpress.

David Reger, 38, yang memulakan langkah tanpa sebarang asas teknikal, kini memimpin Neura Robotics, sebuah syarikat pemula pembangunan robot kecerdasan buatan (AI) yang bernilai AS$7 bilion (RM28 bilion).

Memiliki 20 peratus pegangan dalam syarikat itu, beliau yang merupakan anak sulung daripada 11 adik-beradik kini mengumpul kekayaan peribadi dianggarkan mencecah AS$1.5 bilion (RM6 bilion).

Nasibnya mula berubah pada 2011 apabila sebuah syarikat pengeluar mesin di Switzerland menawarkannya pekerjaan dalam bidang percetakan 3D atau robotik.