PETALING JAYA: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memeterai beberapa perjanjian farm-out (FOA) bersama rakan usaha sama (JV) bagi menyokong pembangunan bersepadu sumber gas di medan Lang Lebah SK410B dan B14, luar pesisir Sarawak.

Perjanjian tersebut dilaksanakan menerusi anak syarikat milik penuhnya, Petronas Carigali Sdn. Bhd. (Petronas Carigali),.

Perjanjian itu dimeterai bersama TotalEnergies, Kuwait Foreign Petroleum Exploration Company (KUFPEC) dan PTTEP, dengan TotalEnergies bakal mengambil alih peranan sebagai pengendali bagi kedua-dua medan berkenaan selepas penyempurnaan urusan tersebut.

Petronas berkata, pendekatan pembangunan bersepadu itu bertujuan meningkatkan penyelarasan operasi antara kedua-dua medan di bawah Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) SK410B dan PSC B14.