KUALA LUMPUR: YTL Construction mengguna pakai kecerdasan buatan (AI) dalam perniagaannya serta melabur dalam pembangunan bakat dan melahirkan pemimpin baharu bagi memperkukuh keupayaan syarikat dalam sektor pembinaan.

Pengarah Eksekutifnya, Yeoh Keong Yuan, berkata penerapan teknologi dan pembangunan tenaga kerja perlu bergerak seiring dengan modal insan berkemahiran serta syarikat pembinaan di Malaysia menyediakan asas yang kukuh.

"Bagi saya, ia mengenai membangunkan bakat. Melahirkan pemimpin baharu, melabur dalam diri mereka dan melabur dalam teknologi baharu.

"Ini kerana Malaysia mempunyai ramai individu berbakat dan banyak syarikat pembinaan berwibawa," katanya kepada Bernama dalam wawancara eksklusif pada Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2026 di sini, malam tadi.