KUALA LUMPUR: Pengasas rangkaian makanan Boat Noodle dan BananaBro, Tony Lim meninggal dunia pada usia 47 tahun.
Pemergian mendiang dimaklumkan kedua-dua rangkaian restoran itu menerusi hantaran di Facebook masing-masing, hari ini.
BananaBro dalam kenyataan berkata, sumbangan Tony bukan sekadar berkisar kepada impian peribadi, sebaliknya turut didorong hasrat memperkenalkan budaya menikmati hidangan daun pisang di negara ini ke pentas dunia.
Restoran itu turut bertekad untuk meneruskan serta menjunjung legasi yang ditinggalkan mendiang.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F10%2Fb62aec217b05664f121c78a50808fc0d.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

