Berita kematian Tony Lim diumumkan menerusi akaun media sosial BananaBro dan Boat Noodle hari ini. (Gambar Banana Bro )PETALING JAYA: Pengasas rangkaian restoran BananaBro dan Boat Noodle, Tony Lim, meninggal dunia.

Berita pemergiannya diumumkan hari ini menerusi akaun media sosial kedua-dua jenama makanan itu. Umur dan punca kematiannya tidak dinyatakan.

Dalam hantaran di Instagram, BananaBro berkata beliau mempunyai impian untuk memperkenalkan nasi daun pisang ke seluruh dunia, yang kemudiannya membawa kepada penubuhan rangkaian restoran itu.

“Tony bukan sekadar berkongsi visinya. Beliau mencurahkan sepenuh hati kepada orang di sekelilingnya dan perjalanan yang diyakininya.