KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan antara 4.10 hingga 4.20 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 2027, berbanding julat semasa antara 4.05 hingga 4.10, menurut HSBC Global Investment Research.

Ketua Penyelidik Pertukaran Asing Asia HSBC, Joey Chew, berkata unjuran itu mengambil kira jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menaikkan kadar faedah utama pada Disember.

"Langkah itu akan memberi sedikit sokongan terhadap dolar AS menjelang akhir tahun ini dan memasuki tahun depan," katanya pada pelancaran kemudahan FX on Mobile HSBC Malaysia yang dipertingkatkan di sini.

Chew berkata, ringgit dijangka diniagakan dengan kecenderungan mengukuh berbanding julat semasa bagi tempoh berbaki tahun ini.