GEORGETOWN: Keputusan merehatkan ketua jurulatih Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismai berkuat kuasa serta-merta bukan satu keputusan terburu-buru, sebaliknya dilakukan mengikut perancangan teknikal pihak pengurusan demi memulihkan prestasi pasukan.

EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan Puau Pinang, Daniel Gooi Si Sen berkata, tindakan itu terpaksa diambil selepas skuad Harimau Kumbang mencatatkan tiga kekalahan berturut-turut termasuk tewas 1–2 di tangan Melaka FC pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, semalam.

Beliau menjelaskan pihak pengurusan kelab sudah beberapa kali menyampaikan teguran serta mengenal pasti beberapa kelemahan teknikal untuk ditambah baik termasuk kepada Wan Rohaimi, namun tiada sebarang perkembangan positif yang ditunjukkan pasukan sehingga kini.