KETUA Jurulatih Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail direhatkan daripada mengendalikan pasukan itu berkuat kuasa serta-merta.Penang FC dalam kenyataan malam ini memaklumkan keputusan itu dibuat susulan kekalahan 1-2 kepada Melaka FC dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya di sini petang tadi."Sehubungan dengan itu, Pengarah Teknikal Penang FC, Victor Andrag akan mengambil alih tugas sebagai Ketua Jurulatih pasukan berkuat kuasa serta-merta," menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi kelab itu.Prestasi skuad Harimau Kumbang dilihat hambar musim ini apabila menduduki tangga ke-11 liga selepas mengharungi enam perlawanan dengan mengutip empat mata hasil satu kemenangan dan satu keputusan seri.Dalam perlawanan petang Ahad, Penang FC mengalami kekalahan keempat musim ini meskipun terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti kapten pasukan Stefano Brundo pada minit ke-62.Namun, kealpaan tuan rumah membolehkan pemain tengah Melaka FC Dino Kalesic menyamakan kedudukan pada minit ke-72 sebelum Abdel Kader Coulibaly menyempurnakan sepakan penalti pada minit akhir permainan untuk memastikan skuad Hang Tuah membawa pulang tiga mata penuh.Wan Rohaimi, 50, dilantik sebagai sebagai Ketua Jurulatih Penang FC pada November 2024. - Bernama
Penang FC rehatkan Wan Rohaimi, Victor Andrag ambil alih tugas ketua jurulatih

Key takeaways
Penang FC menggantikan ketua jurulatih mereka, Wan Rohaimi, dengan Victor Andrag selepas kekalahan dari Melaka FC.
- Wan Rohaimi direhatkan daripada mengendalikan Penang FC secara serta-merta.
- Victor Andrag akan mengambil alih tugas ketua jurulatih pasukan.
- Penang FC kalah 1-2 daripada Melaka FC dalam perlawanan Liga Super.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Penang FC tunggu lampu hijau jurulatih rombak skuad
- Harian Metro Melaka FC bangkit benam Penang FC 2-1
- Sinar Harian Penang FC rehatkan Wan Rohaimi, Victor Andrag ambil alih tugas ketua jurulatih (this story)






