Kuala Lumpur : Sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-39, tiada ada yang membahagiakan penyanyi, Shiha Zikir selain menitipkan doa dan penghargaan tidak terhingga buat ibunya, Rohana Ibrahim, 68, yang kini berdepan masalah kesihatan.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di media sosialnya, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, berkongsi kenangan menyentuh hati menghadiahkan sebuah kerusi roda elektrik bagi memudahkan pergerakan ibunya.

Shiha meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas segala pengorbanan ibunya yang membesarkannya bersama adik-beradik lain dengan penuh kecekalan.

"Mak, terima kasih atas segala susah payah mak sejak mengandungkan, melahirkan, sehinggalah membesarkan Shiha dan anak-anak mak yang lain.