Kangar: Kepimpinan BERSATU dan PAS di Perlis disaran supaya kembali duduk semeja membincangkan hala tuju dan keharmonian pentadbiran negeri menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak lama lagi.

Pengerusi BERSATU Perlis, Izizam Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi memastikan kestabilan kerajaan negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) terus terpelihara memandangkan tempoh penggal pentadbiran semasa hanya berbaki sekitar setahun lebih.

Katanya, walaupun sebarang ketetapan rasmi berhubung kedudukan parti masih menunggu keputusan pucuk pimpinan Pusat, perbincangan secara harmoni di peringkat negeri amat diperlukan demi kepentingan rakyat.

"Kalau kita lihat dari segi amalan demokrasi dan politik di mana-mana pun, kita memerlukan sokongan majoriti bagi memastikan pentadbiran berjalan secara harmoni. Keadaan negeri ketika ini masih terkawal, namun apa sahaja boleh berlaku sekiranya tiada kesepakatan.