Kuala Lumpur: Pengasas Parti Bersama Malaysia (BERSAMA), Datuk Seri Rafizi Ramli akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, esok berhubung ucapannya dalam satu ceramah di Selayang, 20 Oktober lalu.

Dalam satu kenyataan, Rafizi berkata, beliau dijadualkan hadir memberi keterangan pada jam 10 pagi esok dan akan membatalkan acara kempen di Melaka bagi memenuhi notis berkenaan.

"Saya menghormati pegawai penyiasat yang menjalankan tugas mereka seperti diarahkan.

"Saya akan kembali ke Kuala Lumpur dan membatalkan acara kempen saya di Melaka pada Selasa untuk hadir memberi keterangan," katanya menerusi kenyataan hari ini.