KLUANG: Seorang penunggang motosikal berdepan detik cemas apabila skuter miliknya disambar api ketika mengisi petrol di stesen minyak di sini, pagi semalam.

Tindakan pantas dan kecekapan pekerja stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Machap itu berjaya mengawal keadaan daripada menjadi lebih buruk.

Menerusi rakaman video papan pemuka (dashcam) berdurasi seminit yang tular di media sosial, insiden berlaku jam 11.30 pagi apabila seorang lelaki berada di atas motosikal dan sedang mengisi petrol.

Tidak lama kemudian, motosikal itu disambar api dan penunggangnya bertindak melarikan diri.