JAKARTA – Niat seorang seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun untuk bermain bola bersama rakan-rakannya berakhir dengan tragedi apabila dia maut disambar petir di Daerah Mamuju, Sulawesi Barat, lapor saluran berita Lambe Turah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang (waktu tempatan) di Dusun Ngalo, Desa Dungkait itu, mangsa yang dikenali sebagai Sahid dilaporkan sedang bersiap sedia untuk bermain bola ketika kawasan berkenaan dilanda hujan lebat beserta petir.

Ketua Mukim Tapalang Barat, Jaharuddin mengesahkan insiden tersebut dan memaklumkan bahawa mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa ketika itu sudah melangkah masuk ke padang, manakala rakan-rakannya yang lain masih berteduh di kawasan astaka berhampiran.