Kuala Lumpur : Komposer dan pemuzik berkaliber, Datuk Wah Idris, meluahkan hasrat untuk membawa lagu Standing In The Eyes Of The World ciptaannya yang dinyanyikan Ella menjadi 'Lagu Khas Kebangsaan' selain Negaraku.
Wah, 69, berkata, lagu Standing In The Eyes Of The World yang berusia hampir tiga dekad itu, mula mendapat perhatian ramai selepas menjadi lagu tema Sukan Komanwel (SUKOM) 1998, serta turut disifatkan sudah bertaraf dunia sekali gus warisan negara.
"Saya bangga dapat menghasilkan lagu Standing In The Eyes Of The World ini, dan lirik pula mendapat sentuhan penulisan, Datuk Habsah Hassan. Sejujurnya, ia memang kena dengan kehendak saya yang meminta Habsah menulis lirik 'neutral' untuk semarakkan semangat.








